Jumaat, 4 Mei 2012

PUDING ROTI CARAMEL YUMMY!

Hi all my beloved fan.... oppps... Assalammualaikum wbt.....
mama kembali lagi......
mama baru je baik demam.... cuaca panas sangat kot....
lagi pulak mama jenis yang tak rajin nak minum air......
untuk makluman,  banyak dah mama ambik gambar beberapa menu yang mama dah masak,
tapi tu la.... semenjak 2 menjak ni mama teramatlah sibuknya dan tak sempat nak updated blog..... malam ni lapang sikit walaupun sebenarnya banyaknyer buku student mama yang nak kena semak....
orait! straight 2 the point (ececeh, cakap omputih plak cikgu bm ni).... ari ni mama prepared

PUDING ROTI MARBLE.... 

Alhamdulillah,  first time mama buat terus jadi..... Allah hebat....!
 Merasa la kawan2 kat sekolah dan ofismate anak mak mentua teman tadi sorang sikit....



dan balik sekolah tadi, sambil tengok cartoon ngan hero 2 ketul ni, ngunyap lagi puding ni......
sejuk plak tu, memang BEST!

Kepada yang ingin mencuba, kat bawah ni mama attach resepinyer.....

Bahan-bahan
 
  • 4 keping roti
  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 170ml susu cair
  • 10 gram serbuk agar2 @ sepeket
  • 1/2 cawan gula @ 5 sudu besar - bleh kurangkn
  • 2 sudu besar butter/marjerin (cairkan) ~ mama tak cairkan pun,terus je masuk dlm periuk
  • 31/2 cawan air
  • 2 sudu besar serbuk koko (bleh juga guna choc emulco) ~ mama guna van houtan je...
  • 1 sudu kecik pewarna hijau....

Cara-cara
  1. Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 n gula ke dalam periuk.
  2. Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan baki air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih tadi.
  3. Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih. Padamkan api.
  4. Bahagi kepada 3. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco. 1 lagi warna ijau..... kacau cepat2!
  5. Tuang ke dalam loyang secara berselang seli. sesenduk adunan asal kemudian sesenduk lagi adunan coklat dan sesenduk lagi adunan ijau. ulang hingga habis! ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan CEPAT sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku.
  6. Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam. Enak dmakan ketika sejuk!
Chaiyok2...... Jangan tak try.....

Adios!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan